Tutorial Shawl Dan Tudung Irma Hasmie
credit video : Persoalan Wanita
#Tutorialshawlmudah #Hijabtutorial #Hijabstyle
3 GAYA PALING MUDAH DALAM SATU VIDEO
Gaya 1
Langkah – Langkah Pakai
Langkah Pertama
- Pakai inner neck dulu. Kemudian pakai tudung dengan kanan panjang dan kiri pendek.
Langkah Kedua
- Bawa tudung yang panjang tadi kebelakang. Kemudian tarik ke hadapan sebelah kiri. Pinkan disisi kepala sebelah kiri.
Langkah Ketiga
- Ambil bahagian tudung yang sama tadi, iaitu yang panjang. Lilitkan diatas kepala seperti biasa. Letakkan peniti di sisi kepala sebelah kiri.
Langkah Keempat ( option )
- Untuk menambah sedikit pattern pada tudung, pusingkan sedikit bahagian tudung yang panjang itu dan pinkan di bahu ataupun di sisi kepala sebelah kiri pada paras dagu.
Gaya 2
Langkah – Langkah Pakai
Langkah Pertama
- Kelepetkan sedikit tudung untuk dipinkan . Pastikan tudung sebelah kanan cukup pendek daripada sebelah kiri.
Langkah Kedua
- Ambil bahagian tudung yang panjang, Lilitkan di atas kepala secara lose.
Langkah Ketiga
- Sekarang terdapat bahagian tudung yang berlubang di dada. Tarik bahagian itu untuk di pinkan sekali dengan tudung yang dililit tadi. Pinkan di sisi sebelah sisi sebelah kiri.
Langkah Keempat ( option )
- Pinkan tudung di bahu supaya tudung terletak dan lebih kemas.
Gaya 3
Langkah – Langkah Pakai
Langkah Pertama
- Pakai tudung dengan sama panjang.
Langkah Kedua
- Kelepetkan sedikit tudung .
Langkah Ketiga
- Sambil kamu kelepetkan tudung tadi, terus lilit tudung sebelah kiri di leher ( satu lilitan sahaja ).
Langkah Keempat
- Letak peniti di kedua-dua tudung yang dikelepetkan tadi, supaya bahagian yang dikelepet itu tidak terbuka.
Siap ! Senang kan ?! Selamat Mencuba 😀