Tutorial Tudung 2016

Tutorial Tudung 2016

Tutorial Hijab

LANGKAH – LANGKAH PAKAI

CARA 1

Langkah Pertama

  • Pakai inner neck dulu. Kemudian pakai tudung kiri lebih pendek dari kanan. Pastikan bahagian yang panjang tu cukup panjang. Pinkan dekat belakang.

Langkah Kedua

  • Tarik sedikit tudung kebelakang mengikut bentuk muka kamu. Pinkan di tengah-tengah sanggul.

Langkah Ketiga

  • Ambil bahagian tudung yang panjang, iaitu sebelah kanan dan tarik ke atas sehingga paras dahi.  Pinkan.

Langkah Keempat

  • Ambil lagi bahagian tudung yang panjang tadi, sambung lilit ke belakang di atas kepala. Pinkan di sisi. (Pastikan tudung tadi di bawa ke depan sedikit).

Langkah Kelima

  • Kemaskan tudung kamu dengan selesea dan siap !

 

 

CARA 2

Langkah Pertama

  • Pakai inner neck. Pakai tudung kiri lebih pendek dari kanan. Pinkan dekat belakang.

Langkah Kedua 

  • Ambil bahagian tudung yang panjang, tarik ke atas sehingga paras dahi. Pinkan.

Langkah Ketiga

  • Ambil tudung bahagian belakang sekali, bawa ke depan. Pinkan di sisi sebelah kiri.

Langkah Keempat

  • Ambil tudung sebelah kanan, yang panjang, bahagian dalamnya, kemudian lilit ke belakang melalui atas kepala. Pinkan di sisi kanan.

Langkah Kelima

  • Kemaskan tudung kamu mengikut keselesaan kamu dan siap !

 

SELAMAT MENCUBA LADIES! 😀