Wajib Ambil Tahu, 10 Tips Solekan ‘Nude’ Hijabi Paling Ringkas

Wajib Ambil Tahu, 10 Tips Solekan ‘Nude’ Hijabi Paling Ringkas

Makeup

solekan nude

Wanita dituntut tidak berlebih-lebih saat berhias. Namun, wajah tidak harus dibiar pucat lesi. Cuitkan keserian manis.

1. Penjagaan Kulit

Seharusnya solekan dimulakan dengan penjagaan kulit. Sapukan serum atau pelembap sebelum memulakan sapuan bedak asas.

2.  Pengunaan Bedak Asas

Solekan nude bukan bererti kamu tidak memerlukan litupan bedak asas. Pilihlah daripada jenis cecair untuk litupan lebih ringan.

3. Gunakan Berus

Sapu menggunakan berus bedak asas. Kamu juga boleh menggunakan jari tetapi pastikan jari benar-benar bersih sebelum menyapunya.

4. Pilihan Bedak Asas

Untuk pemilihan warna bedak, jika bedak cecair itu dipilih setona lebih cerah,seimbangkannya dengan setona lebih gelap untuk sapuan bedak tabur/padat seterusnya. Begitu juga sebaliknya.

5. Conceler Penyelamat Cela

Solekan natural biasanya mengabaikan penyamar cela. Bedak asas yang bagus itu sendiri mampu menutupi cela tanpa bercapuk. Namun, jika mempunyai cela yang teruk, gunakan sahaja bedak asas stik atau krim untuk memudarkannya dengan selapisan lebih tebal pada bahagian bermasalah itu.

6. Ukiran Kening

Gunakan maskara kening untuk membentuk kening agar bentuk kening terlihat lebih natural. Usah dibentuk terlalu tajam menggunakan pensel kening tajam atau menggunakan warna terlalu gelap. Pilih celak kening coklat atau kelabu cerah.

7. Penaik Seri Pipi

Untuk warna pemerah pipi, pilihlah rona soft pink untuk tona kulit cerah, peachy pink untuk tona kulit medium dan brownish pink bagi berkulit gelap.

8. Efek Kontur Wajah

Untuk membina kontur wajah atau shading, gunalah bronzing powder atau bedak padat setona lebih gelap daripada kulit. Jangan pilih tona yang terlalu gelap. Adun sempurna menggunakan berus.

9. Eyeshadow

Pilih warna pembayang mata rona tanah, beige atau keemasan pudar. Sapukan sekadar cuma di segenap kelopak mata.

10. Celak Mata

Lukiskan celak mata dibawah umbi bulu mata dengan cara menarik kelopak mata ke atas dan leretkan celak di dalam garis bulu mata itu bukan di atas mata.

11. Lipstik

Pilihlah warna gincu bertekstur shimmery atau cukup dengan pengilat bibir sahaja. Jangan lupa sapukan salap bibir sebelum itu.

12. Pencahayaan

Paling penting, lakukan solekan di bawah cahaya semula jadi yang terang agar kamu dapat melihat the real result kerana solekan kamu juga akan dilihat di bawah cahaya semula jadi. Natural light akan mengelakkan kamu bermekap secara berlebihan.

13. Kemasan Terakhir

Sebagai kemasan akhir, elakkan menggemburkan bedak. Sebaliknya, cukup dengan semburan hydrating mist untuk setkan keseluruhan solekan.

______________________________________________________________________________
 Sumber : http://www.hijabista.com.my/trending/wajib-ambil-tahu-10-tips-solekan-nude-hijabi-paling-ringkas-1.666672