Wanita Arab Amalkan 6 Makanan Sunah Untuk Tujuan Kecantikan

Wanita Arab Amalkan 6 Makanan Sunah Untuk Tujuan Kecantikan

Kecantikan

Wanita Arab memiliki mata paling cantik, dengan kulit mereka yang halus mulus, bibir merah. Walau memiliki kecantikan sebegitu, mereka juga tetap berhijab seperti wanita muslim yang lain. Pernah tertanya apa rahsia kecantikan mereka itu? Nah, dipetik dari Hijabista, Ohfesyen kongsikan 6 amalan sunnah yang mereka gunakan untuk kecantikan.

1. Bunga Saffron atau Za’faran

Saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik. Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga.

 

2. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai banyak khasiat. Salah satunya adalah untuk meremajakan kulit. Selain itu, ia mampu membuatkan kulit menjadi lebih halus. Tidak hairanlah kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.

3. Pati Delima

Pati delima juga baik untuk kesihatan dan dalaman. Antaranya, baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.

 

4. Cuka Tamar atau Cuka Epal

Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, Cuma tamar atau cuka epal ini memang bagus. Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak dipecahkan dengan sempurna.

5. Habbatussauda

Sekarang ni, Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak bertentu.

6. Madu

 

Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan proses penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.

 

Kongsi dari : Hijabista