Biar Lambat Asal Selamat! Jejaka Di Twitter Kongsi Cara Cantik Bebas Chemical

Biar Lambat Asal Selamat! Jejaka Di Twitter Kongsi Cara Cantik Bebas Chemical

Kecantikan

Yang Mahal Tak Semestinya Berkesan Dan Yang Murah Tak Semestinya Tak Berkesan. Ada Juga Keluhan Dari Netizen Yang Sudah Berhabis Ribuan Ringgit Namun Tiada Beza. Maka Ramai Wanita Di Luar Sana Semakin Takut Dalam Memilih Produk, Treatment & Sebagainya. 

Jejaka ini kongsikan tips kecantikan semulajadi yang selamat di lama Twitternya.

#1  Tomato

Tomato yg kaya dengan Vitamin A, C & K sangat membantu bagi yg kerap diserang jerawat kecil, keradangan muka juga sesuai utk combination skin (hidung,dahi,dagu berminyak tapi pipi kering). Ada macam-macam cara nak guna tomato ni

600

Cara 1

 Sejukkan tomato dalam peti ais, hiris dan letakkan terus pada kawasan jerawat atau kawasan kering. Biarkan dalam 15-20 minit kemudian bilas. Tapi kena rajin tepek. Sehari sekali pun okay. Tekan-tekan dan lumur sikit pd kawasan tersebut

Cara 2

Kisar tomato, tapis dan dapatkan airnya sahaja. Kemudian kisar timun, tapis dan ambil airnya sahaja. Campurkan dan sejukkan. Kemudian ambil cotton balls, celup dan sapu pada kawasan T-zone yg berminyak atau seluruh muka setiap hari (pagi dan sebelum tidur)


Cara 3

Kisar tomato dan puri dikisar tadi masukkan dalam ice cube tray atau apa-apa bekas kecil. Bekukan semalaman. Keluarkan tomato ice cube tadi dan sapukan pada muka. Bantu kecilkan pori dan masalah kulit muka berminyak. Satu kiub utk satu penggunaan.

 #2  Serbuk kunyit

Serbuk kunyit dikatakan bahan yg paling berkesan untuk membunuh terus kuman pada muka yg mungkin mengakibatkan jerawat yg tumbuh atas muka. Selain murah, juga senang digunakan. Tak kisah jenama apapun. Jgn keliru serbuk kunyit dengan rempah kari & kurma 

600 a

Cara 1

Ambil sesudu serbuk kunyit kemudian titiskan air dan gaul. Jgn terlalu pekat/cair. Sedang elok je untuk mudahkan sapu pd muka. Sapu dan biarkan lebih kurang 10-15 minit kemudian bilas bersih. Guna facial machine utk pastikan muka betul2 bersih utk elak kuning melekat.

600 b

Cara 2

Sesudu serbuk kunyit, campur dengan sesudu madu dan perahan lemon dan sedikit air. Gaulkan dan sapu pd kawasan jerawat sahaja. Pastikan jerawat tak luka atau dah pecah untuk elak pedih yg amat sangat dan luka sebab ada perahan lemon. Biarkan 10-15 minit kemudian bilas

Cara 3

Gaul serbuk kunyit + jus timun. Tekstur sederhana kemudian sapu pd muka. Lebih elok diurut dengn facial machine utk bantu peredaran darah lebih lancar & sekata. Jerawat mati & muka lebih lembap, kawal minyak. Boleh beli di : (RM 38, free postage)

600 c

#3  Timun

Timun antara bahan paling efektif untuk lembapan muka dan juga paling berkesan bantu sunburn, keradangan muka atau rasa gatal dan kering pada kulit muka. Kandungan air yg tinggi juga Vitamin C selain murah dan senang didapati.
600 d
Cara 1

Untuk mata lebam, tak bermaya. Hiris timun, sejukkan dan letak pada mata selama 15-20 minit. Lakukan setiap hari. Kandungan air dan kesejukan timun tadi bantu anjalkan semula kawasan mata dan juga beri lembapan pd bahagian yg kusam

 

Cara 2
Sama seperti tomato, kisar dan masukkan dalam bekas ice cube, bekukan. Sapu sebelum cuci muka pada pagi dan petang bagi beri lembapan semula jadi dan juga beri natural highlight pd muka selain kawal minyak

#4  Oat

Selain bagus dimakan bagi pengawalan kolestrol dan kesihatan jantung, siapa sangka oat juga bagus bagi kawal masalah minyak berlebihan dan mampu pudarkan kesan jerawat. Mudah didapati dan juga mudah digunakan

600 E

Cara 1 

Rendam oat dalam 5-10 minit dalam air suam atau cukup sehingga kembang. Air yg sedikit sahaja utk kembangkan oat. Kemudian campur dengan sebiji telur (putih sahaja) dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih elak bau telur melekat

Cara 2
Cara yg sama cuma kali ni dijadikan sebagai scrub muka. Campurkan oat, putih telur dan juga cuka apple cider, sapukan dan gosok pd muka. Utk lebih efektif, guna berus muka jenis ini bagi cungkil kotoran.

#5  Cuka apple (apple cider)

Mungkin kita ada perasan cuka apple tapi tak pasti sama ada boleh guna untuk muka atau tidak. Jawapannya ya dan recommended ! Sgt popular terutamanya bagi atasi jerawat dan juga garis penuaan pada muka

 

Cara 1

Tak kisah jenama apa yg penting apple cider yg raw, cairkan satu sudu cuka dengan 2-3 sudu air. Cuba dulu pada leher utk tengok pedih atau tak. Jika pedih, tambah lagi air. Celup cotton ball pd bahagian jerawat/garis. Lepas 15 minit, bilas dengan air suam

Cara 2

Sesudu apple cider dan air yg mencukupi (2-3 sudu) kemudian sapu pada muka, buat macam pencuci muka. Sila jangan buka mata sebab cuka pedih jika termasuk dalam mata. Atau boleh guna facial machine. Celup berus dan tekan button on. Biar machine berputar sendiri atas muka

600 g

#6  Air beras

Jangan fikir air bilas beras takde apa-apa khasiat. Tapi bukan bilasan pertama tapi selepas 3-4 kali bilasan. Bertindak sebagai bahan yg mampu kecut jerawat, kawal minyak dan mencerahkan kulit dari kusam dan jeragat, air beras adalah sangat bagus untuk dicuba

Cara 1

Bilas beras (bilasan ketiga). Airnya diambil dan sapu pada muka. Biarkan kering. Boleh pilih untuk bilas semula atau biarkan sahaja. Juga boleh digunakan untuk bilas pencuci muka. Biarkan sahaja atas muka tak perlu bilas

600 600

Sumber — Twitter ( @NaufalAntezem )